Selasa, Julai 29, 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suhu di Sepanyol cecah rekod baharu

    MADRID, 30 JUN – Suhu di selatan Sepanyol melonjak sehingga 46 darjah Celsius pada Sabtu, mencatatkan rekod baharu bagi bulan Jun, menurut agensi kaji cuaca kebangsaan hari ini.

    Suhu tertinggi itu direkodkan pada pukul 2:40 petang GMT di Huelva, berhampiran sempadan dengan Portugal, sekali gus mengatasi rekod terdahulu iaitu 45.2 darjah Celsius yang dicatat di Seville pada tahun 1965, jelas agensi berkenaan.

    Sepanyol merupakan antara negara Eropah yang sedang dilanda gelombang haba yang dijangka berlarutan hingga Rabu ini.

    Menurut pihak berkuasa kaji cuaca, tiga tahun kebelakangan ini merupakan tahun-tahun paling panas pernah dicatatkan di Sepanyol. – AFP

    Pelancong asing menggunakan payung untuk berlindung daripada panas matahari semasa gelombang haba pertama musim panas di Seville, pada 28 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda