Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Suhu panas Mekah bakal cecah 48 darjah celsius

    MEKAH, 15 JUN – Jemaah haji bakal berdepan suhu panas mencecah 48 darjah Celsius, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman kelmarin.

    Beliau berkata, musim panas di Arab Saudi ketika ini, boleh menyebabkan berlaku strok haba sekiranya jemaah haji terlalu terdedah dan kurang minum air.

    “Dalam keghairahan jemaah melaksanakan ibadah dan membuat lawatan bersejarah dan sebagainya, mereka harus memberi perhatian supaya tidaklah terdedah kepada cuaca panas yang agak lama dan sentiasa minum air secukupnya,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di bangunan yang menempatkan ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) dan penginapan jemaah di Abraj Al Janadriyah, di sini. 

    Dalam perkembangan lain, Syed Saleh berkata dalam keadaan jemaah yang masih belum ramai di Mekah, mereka yang berhasrat ke Masjidil Haram dan membeli barangan perlu sentiasa berwaspada bagi mengelak sebarang kemungkinan.

    “Keselamatan diri perlu dijaga dan jika jemaah perlu berjalan dari satu tempat ke satu tempat, bergerak secara kumpulan dan bukannya bersendirian yang boleh sebabkan risiko,” katanya yang turut mengingatkan jemaah supaya sentiasa memakai pengenalan diri dan gelang yang dikhaskan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...