Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suhu tinggi tingkat risiko pekerja

    DOHA, 10 MEI – Peningkatan suhu global menambah risiko pekerja mati atau hilang upaya akibat bekerja dalam keadaan panas melampau, menurut laporan daripada satu persidangan antarabangsa.

    Persidangan itu, yang diadakan di Qatar ketika suhu musim bunga mencecah 40 darjah Celsius, mendengar bahawa puluhan ribu pekerja di seluruh dunia telah meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang kronik dan penyakit lain yang dikaitkan dengan cuaca melampau sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

    “Sains memberitahu kita bahawa semua negara boleh melakukan lebih banyak lagi,” beritahu ketua serantau Pertubuhan Buruh Antarabangsa untuk negara Arab, Ruba Jaradat, pada persidangan Tekanan Haba Pekerjaan, yang memberi tumpuan kepada perubahan iklim dan bagaimana peningkatan suhu menjejas kesihatan pekerja.

    Piala Dunia tahun lalu di Qatar menarik perhatian kepada pekerja yang bekerja keras dalam suhu yang boleh mencecah 50 darjah Celsius semasa kemuncak musim panas di negara-negara di seluruh Teluk.

    Sejak 2021, Qatar telah melarang bekerja di luar antara 10 pagi dan 3:30 petang dari 1 Jun hingga 15 September.

    Pembaharuannya telah dipuji oleh agensi buruh PBB, walaupun beberapa pakar mengatakan lebih banyak boleh dilakukan.

    Selain Qatar, Cyprus adalah salah satu negara yang mempunyai waktu kerja terhad, mengarahkan rehat tambahan dan pakaian pelindung haba apabila suhu meningkat melebihi 35 darjah Celsius.

    Sekitar satu bilion pekerja ladang dan berpuluh juta dalam pembinaan dan industri luar lain berisiko terdedah kepada risiko tersebut. Manakala anggota penyelamat kolam renang, tukang kebun dan posmen juga menghadapi risiko haba melampau. – AFP

    Pekerja membersihkan kolam air di Doha kelmarin semasa Persidangan Antarabangsa Tekanan Haba Pekerjaan diadakan di Qatar. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda