Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Suhyun enggan lakukan pembedahan plastik

    PENYANYI Akdong Musician, Suhyun mendedahkan dia tidak akan menjalani sebarang pembedahan plastik untuk mengubah wajah dan bersyukur dengan rupa paras aslinya.

    Suhyun mengulas mengenai isu pembedahan plastik dalam satu video di laman YouTube kerana sering disoal mengenainya.

    Suhyun mengakui dia sememangnya akan menjadi lebih cantik jika membuat pembedahan plastik.

    Namun, dia percaya dengan kecantikan dalaman secara semula jadi dan bersyukur dengan apa yang dimilikinya.

    Suhyun tetap percaya terhadap bakat dan enggan melakukan pembedahan plastik.

    Suhyun sebelum ini pernah beberapa kali mengulas mengenai isu pembedahan plastik.

    Dia sering dikaitkan dengan isu itu kerana dikatakan sebagai artis yang tidak memiliki wajah cantik.

    Namun, rupa paras tidak menjadi masalah kerana gadis itu memiliki bakat luar biasa dan memiliki peminat di serata dunia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda