Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Bagi memupuk semangat kesukanan, mengeratkan silaturahim dan menzahirkan semangat ukhuwah dalam kalangan ahli, Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-sekolah Ugama (JKPSSU) Kawasan Brunei IIA telah mengadakan Sukan Muhibbah Perlawanan Ten Pin Bowling yang berlangsung di Golden Bowling Company, The Airport Mall, petang kelmarin.
Hadir selaku Tetamu Khas ialah Ketua Unit Sekolah Ugama, Bahagian Ko-Kurikulum, Jabatan Pengajian Islam, Awang Haji Jaya bin Haji Metussin, yang seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Acara ini juga merupakan salah satu inisiatif JKPSSU bagi menggalakkan penyertaan aktif para ahli dalam bidang sukan sebagai usaha memelihara kesihatan fizikal dan mental.
Semua di atas : Sesi bergambar ramai antara pemenang semasa acara berkenaan.

