Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sukan karate sambung latihan, tarik atlet muda

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Sukan karate menyertai senarai sukan yang telah menyambung semula aktiviti latihan mereka di kemudahan sukan indoor di Negara Brunei Darussalam dengan mengikuti garis panduan keselamatan dan protokol kesihatan yang telah digariskan oleh pihak berkuasa.

    Kira-kira 15 orang ahli sukan karate telah menghadiri sesi latihan yang diadakan di Kompleks Sukan Menglait kelmarin, dan mereka telah menjalankan latihan selama dua jam.

    Sukan seni bela diri tersebut pada ketika ini berkongsi tempat latihan dengan sukan pencak silat, taekwondo dan lawan pedang, yang baru-baru ini telah dipindahkan dari dewan lawan pedang di Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Sukan karate merupakan salah satu sukan yang aktif menjalankan sesi latihan dengan ahli-ahlinya menyambung latihan mereka sejak kemudahan sukan dibuka semula.

    Karate adalah antara sukan yang menunjukkan peningkatan penyertaan daripada atlet muda dan menunjukkan perkembangan aktiviti sukan-sukan di negara ini. Ini bukan kali pertama kumpulan atlet karate mengadakan latihan mereka minggu ini, mereka telah memulakan latihan sejak Selasa lalu.

    Antara sukan lain yang turut menarik minat yang kuat ialah sukan lawan pedang dengan 11 peserta telah hadir untuk mengadakan sesi latihan kelmarin. Aktiviti sukan di negara ini secara perlahan-lahan menyambung semula aktiviti latihan kompetitif berikutan pembukaan semula kemudahan-kemudahan sukan.

    Kompleks Sukan Menglait telah dijadikan tempat untuk mengadakan aktiviti latihan bagi berbagai-bagai sukan termasuk sukan karate.

    Sukan badminton dan wusyu juga memulakan latihan mereka di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dan atlet-atlet kebangsaan telah beralih daripada membuat latihan dari rumah kepada latihan yang di bawah pemantauan jurulatih.

    Tatkala atlet sukan padang dan balapan dilihat telah mengadakan larian di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, atlet lompat jauh pula dilihat turun berlatih di Kompleks Sukan Padang dan Balapan Hassanal Bolkiah.

    Atlet sukan billard telah meningkatkan latihan mereka di Dewan II Billiards dan Snuker di Stadium Negara Hassanal Bolkiah sementara sukan memanah menyambung semula latihan mereka di Peak Performance Sdn Bhd.

    Sukan ping pong merupakan salah satu sukan rekreasi yang diminati ramai dengan peningkatan jumlah pelawat menghadiri Kompleks Sukan Menglait.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda