Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sukan keluarga erat silaturahim, galak gaya hidup sihat

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 30 JAN – Sukan Keluarga Othman Ali dianjurkan buat julung kalinya di Kampung Bukit Beruang, Tutong, baru-baru ini, dengan matlamat mengeratkan silaturahim serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli keluarga besar tersebut.

    Acara yang diungkayahkan oleh cucu-cucu Awang Othman Ali dan Pengiran Armah itu dimulakan dengan sesi senamrobik sebelum diteruskan dengan pelbagai aktiviti sukan dan permainan tradisional, antaranya pertandingan cari kata, membawa bola pingpong menggunakan sudu, mengail botol, larian berpasangan dalam kain pelikat serta permainan kapal terbang.

    Penganjuran sukan keluarga tersebut bukan sahaja bertujuan mencipta kenangan bersama, malah berperanan sebagai platform untuk merapatkan hubungan antara generasi muda dengan ahli keluarga yang lebih berusia.

    Ia juga bertujuan untuk menyemai semangat ke arah gaya hidup sihat dalam kalangan ahli keluarga dan sentiasa bergiat aktif dalam kehidupan sehari-hari.

    Keluarga Besar Othman Ali bergambar ramai selepas sukan keluarga di Kampung Bukit Beruang, Tutong.
    – GAMBAR SERAHAN CUCU-CUCU AWANG OTHMAN ALI DAN PENGIRAN ARMAH
    GAMBAR SERAHAN CUCU-CUCU AWANG OTHMAN ALI DAN PENGIRAN ARMAH
    GAMBAR SERAHAN CUCU-CUCU AWANG OTHMAN ALI DAN PENGIRAN ARMAH
    Ahli keluarga menyertai aktiviti sukan keluarga untuk memanfaatkan masa lapang dengan mengeratkan silaturahim dan mencipta kenangan berharga. – GAMBAR OLEH CUCU-CUCU OTHMAN ALI DAN PENGIRAN ARMAH

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda