Oleh Fadhil Yunus BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Sukan memanah merupakan salah satu sukan yang telah menyambung semula aktiviti latihan berdasarkan protokol kesihatan dan keselamatan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sukan tersebut telah kembali semasa peringkat permulaan pelan de-escalation tetapi dengan kapasiti dan kehadiran yang terhad berikutan penggantungan kemudahan sukan akibat pandemik COVID-19.