Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Sukan motocross semakin diminati belia China

    CHINA – Sukan motocross telah mengumpulkan lebih ramai peminat di China selepas Kejohanan Dunia Motocross, acara sukan yang paling berpengaruh di seluruh dunia, menganjurkan pameran tahunannya di Ekspo Import Antarabangsa China di Shanghai selama dua tahun berturut-turut pada 2020 hingga 2021. Acara itu memasuki China untuk kali pertama pada 2019, mengisi kekosongan acara motocross kelas pertama di negara ini.

    Dengan peningkatan populariti sukan ini, lebih ramai anak muda China terlibat. Dengan galakkan daripada ibu bapa mereka, ramai belia China mula belajar tentang motocross semasa mereka masih kecil.

    Sukar untuk membayangkan sekumpulan kanak-kanak prasekolah berlumba motosikal mengelilingi litar perlumbaan berdebu tetapi begitulah lebih ramai belia mula berminat pada sukan ini.

    Hu Minghao mula belajar menunggang motosikal pada usia 4 tahun, mengikut jejak bapanya Hu Zheng. Bapanya telah mendaftarkannya untuk menerima latihan formal tiga tahun kemudian.

    “Anak saya suka menunggang motosikal sama seperti saya. Untuk membenarkan dia menunggangnya dengan selamat, saya mendaftarkannya ke kelab untuk mendapatkan ilmu dan latihan motocross profesional. Ini juga dapat membantu dia belajar bagaimana menangani kesukaran yang dihadapi dalam hidupnya,” kata Hu Zheng.

    Li Jingxin, jurulatih motocross dari kelab motocross Beijing Chenjun, berkata semakin ramai kanak-kanak belajar motocross sejak 2017.

    “Ibu bapa berharap anak-anak mereka dapat mempelajari sukan itu dengan cara yang selamat sehingga ramai daripada mereka menghantar anak mereka ke kelab untuk latihan profesional. Pada masa ini kami mempunyai 30 ahli kanak-kanak,” kata Li.

    Hu Minghao kini berusia 8 tahun, meskipun masih kecil tetapi bijak. Dia telah bertanding dalam dua acara perlumbaan dan telah meningkat menjadi pelumba berpengalaman. Mereka yang berlumba di litar perlumbaan mungkin menjadi bintang yang bersinar di pentas pertandingan antarabangsa suatu hari nanti. – ANN/China Daily

    Hu Minghao (tengah) bertanding dalam perlumbaan motocross di Tianjin. – ANN/China Daily
    Gambar menunjukkan Hu Minghao melakukan latihan. – ANN/China Daily
    Hu Minghao bersama rakan-rakannya semasa waktu rehat. – ANN/China Daily
    Hu Minghao (tengah) menamatkan pertandingan dalam pertandingan persahabatan di Tianjin Mei lalu. – ANN/China Daily

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...