Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sukan Pantai Asia ditunda kali kedua

    HONG KONG, 30 DIS – Sukan Pantai Asia di China telah ditangguhkan disebabkan masalah berpunca daripada koronavirus, kata penganjur hari ini.

    Sukan itu, dijangka diadakan di pulau peranginan Hainan pada April, telah pun ditunda dari tarikh asal yang dijadualkan pada November.

    Majlis Olimpik Asia berkata ‘situasi berhubung pandemik COVID-19, sekatan perjalanan dan protokol kesihatan di seluruh benua telah mendorong kepada penangguhan tersebut.’

    Tarikh baharu untuk acara itu akan diputuskan selepas rundingan lanjut, menurut satu kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda