Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sukan SEA 2025: Harimau Muda sasar separuh akhir

    KUALA LUMPUR, 22 OKT – Ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan Malaysia, Mohd Nafuzi Zain meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mara ke peringkat separuh akhir pada saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2025 di Thailand, Disember ini.
     
    Mohd Nafuzi berkata, pasukannya tetap berhasrat untuk melangkah ke final namun tumpuan ketika ini adalah untuk melepasi cabaran Vietnam dan Laos dalam saingan Kumpulan B.
     
    Bagi memastikan misi tercapai, beliau berharap barisan pemain muda terbaik Malaysia dapat dikumpulkan bagi menggalas cabaran di temasya sukan dwitahunan itu.
     
    “Sasaran utama kami adalah untuk mara ke peringkat separuh akhir terlebih dahulu, sebelum berusaha melangkah ke pentas final.” – Bernama
     
    Gambar fail Mohd Nafuzi Mohd Zain selepas menandatangani memorandum persefahaman (MOU) sebagai Ketua Jurulatih yang baharu KDAFC di House of Kenari, Alor Setar pada 6 Disember 2022. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda