Sunday, September 15, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sukan tahunan cungkil bakat murid STJ PGGMB

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Seramai 218 murid telah mengambil bahagian dalam Sukan Tahunan ke-2, Sekolah Tunas Jaya (STJ) PGGMB, Madang, yang berlangsung di Kompleks Padang dan Belapan Berakas, kelmarin.

    Sukan tahunan itu turut menyaksikan penyertaan dan penglibatan yang sangat menggalakkan daripada ibu bapa dan penjaga murid-murid sekolah berkenaan.

    Acara itu bermatlamat untuk mencungkil bakat dan kebolehan para murid dalam bidang sukan, meningkatkan dan mengamalkan budaya hidup sihat dalam kalangan murid, ibu bapa, penjaga dan guru serta mejalinkan jaringan kolobarasi dan kesefahaman di antara ibu bapa dan penjaga murid.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Agung PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri.

    Di antara atur cara sukan tahunan berkenaan ialah aktiviti senamrobik, perbarisan lalu setiap rumah pasukan, lagu kebangsaan, lagu rasmi sekolah, ikrar sukan dan seterusnya perasmian sukan oleh Haji Mustapa.

    Acara-acara sukan yang dipertandingkan semasa sukan tahunan berkenaan termasuk acara padang dan balapan di antara murid-murid dan ibu bapa dan penjaga serta guru-guru dengan johan keseluruhan sukan tahunan berkenaan telah diraih oleh Pasukan Tiger Storm.

    Menurut Guru Besar STJ PGGMB, Madang, Ismail bin Haji Tia, menerusi sukan tahunan itu, ia berupaya mengenal pasti potensi dan kebolehan para murid dalam bidang sukan, membarigakan budaya cara hidup sihat dalam kalangan murid, ibu bapa, penjaga dan guru-guru.

    Beliau berharap semoga sukan tahunan dalam kalangan sekolah PGGMB akan terus dilaksanakan setiap tahun kerana ia merupakan salah satu platform untuk meningkatkan kecemerlangan para murid dalam bidang akademik dan pelbagai bidang yang lain.

    Haji Mustapa menyampaikan piala kepada johan keseluruhan sukan tahunan berkenaan, Pasukan Tiger Storm. – GAMBAR SERAHAN STJ PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda