Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 200 guru ugama meriahkan Sukaneka Hari Guru

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Lebih 200 orang guru daripada 19 buah Sekolah Ugama Kawasan Brunei IIB telah menyertai Aktiviti Sukaneka Sempena Sambutan Hari Guru Ke-35 bagi Guru-Guru Ugama Kawasan Brunei IIB yang berlangsung di Padang Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri, kelmarin.

    Aktiviti anjuran Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama (JKPSSU) Kawasan Brunei IIB itu mengetengahkan sebanyak 20 acara sukaneka, termasuk pelbagai cabaran santai yang mencetuskan semangat, keceriaan dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga pendidik.

    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Hadir selaku tetamu khas di acara tersebut, Pegawai Pengajian Islam Daerah bagi Kawasan Brunei IIB, Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Dayang Hajah Salmaya binti Haji Asmat, yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

    Penganjuran acara berkenaan antara lain bertujuan menerapkan amalan gaya hidup sihat serta semangat kerjasama berpasukan dalam kalangan tenaga pengajar ke arah mewujudkan komuniti pendidikan yang cergas, produktif dan harmoni.

    Di samping memperkukuh hubungan antara pemimpin dan guru dalam menyokong kecemerlangan organisasi sekolah.

    GAMBAR-GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda