Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sukar untuk melupakan ‘sejarah lama’

    SEOUL, 1 Mac – Presiden Korea Selatan Moon Jae-In hari ini berkata Jepun tidak boleh mengisytiharkan isu mengenai ‘bekas hamba seks’ zaman perangnya ‘sudah berakhir,’ mengulang gesaan yang mendesak Tokyo supaya meminta maaf mengenai isu tersebut dan menghadapi kesalahan yang dilakukan.

    Kontroversi ‘wanita penghibur’ yang dipaksa menjadi hamba seks untuk tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua telah menjejaskan hubungan di antara negara jiran selama beberapa dekad.

    Park Geun-Hye, pemimpin sebelum Moon yang disingkirkan mencapai satu perjanjian dengan Tokyo pada 2015 di mana Seoul berjanji tidak akan mengemukakan isu tersebut sekali lagi dan Jepun membayar 1 bilion yen kepada yayasan yang didedikasikan untuk menyokong mangsa.

    Perjanjian itu, di mana Tokyo gagal mengambil tindakan guaman menimbulkan kemarahan beberapa mangsa dan selepas menerajui tampuk pentadbiran, Moon mengecam perjanjian sebagai satu penyelesaian yang ‘salah’ dan menyeru Jepun supaya ‘memohon maaf secara ikhlas’.

    Pelajar kolej berhimpun ketika meraikan ‘Hari Pergerakan Kemerdekaan Pertama Mac’ yang menandakan kebangkitan menentang penjajahan Jepun 1919 di hadapan Kedutaan Jepun di Seoul, Korea Selatan, kelmarin. – AP

    “Isu wanita penghibur tidak boleh diisytiharkan ‘berakhir’ oleh kerajaan Jepun,” kata Moon dalam satu ucapan yang menandakan ulang tahun pemberontakan negara 1919 ke atas penjajahan Jepun.

    “Jenayah masa perang ke atas kemanusiaan tidak dapat ditutup dengan deklarasi bahawa ia sudah berakhir.

    “Cara sebenar untuk menyelesaikan sejarah tragik adalah mengingatkan sejarah tersebut dan mempelajari daripadanya,” kata Moon, meluahkan harapan untuk menjalin hubungan akan datang “dengan negara jiran paling rapat di sebalik kenyataan maaf yang ikhlas.”

    Kata-kata Moon menerima respons segera daripada Jepun, yang mengistilahkannya sebagai ‘amat dikesali.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda