BANDAR GAZA, 27 NOV – Belia Palestin kelmarin melancarkan inisiatif membersihkan Kompleks Perubatan Al-Shifa secara sukarela dan memulakan sebahagian operasinya dengan menyediakan perkhidmatan dialisis buah pinggang.
“Hospital itu telah mengalami kerosakan, inisiatif itu bertujuan membersihkan dan mensteril peralatan bagi membolehkan hospital itu beroperasi semula terutama perkhidmatan dialisis,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Ketua Pengarah Hal Ehwal Pentadbiran Kementerian Kesihatan Gaza Mahmoud Hammad.
Hammad berkata nyawa pesakit buah pinggang akan terancam jika mereka tidak menjalani dialisis. – Bernama
