Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Suki menjiwai emosi Shila Amzah

    Ketika isu kecurangan dan keretakan rumah tangga dalam kalangan selebriti hangat diperdebatkan, Suki Low muncul dengan single Bahagia Yang Sebentar.

    Sama ada kebetulan atau sengaja dirancang, kemunculan lagu ciptaan penyanyi sensasi, Shila Amzah itu menimbulkan tanda tanya apakah karya berkonsepkan pop balada itu cuba memancing emosi pendengar demi menghangatkan isu itu.

    Ketika diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, Suki atau nama sebenar, Low Sook Yee, 32, terkejut. Namun, Suki menafikan lagu itu ada kaitan kontroversi yang hangat diperkatakan itu.

    “Tidak terfikir pula ada yang anggap begitu. Kalau tidak terfikir, itu maknanya, bukanlah niat asal kami.

    “Kalau kita baca liriknya, tidaklah menjurus ke arah kisah diperkatakan. Perkara ini sebenarnya terpulang kepada pendengar untuk membuat tafsiran ikut penilaian masing-masing.

    Suki berkata lagu tersebut tiada kaitan dengan kontroversi keretakan rumah tangga dalam kalangan selebriti.
    – Agensi

    “Lagu ini mengisahkan soal kehilangan. Jadi, sesiapa yang pernah melalui fasa kedukaan dalam hidup, pasti tersentuh apabila mendengarnya.

    “Lagipun, lagu ini diberi Shila sehari selepas pertandingan Gegar Vaganza 8 berakhir. Jadi, memang tiada kaitan dengan kontroversi keretakan rumah tangga dan curang dalam kalangan selebriti,” katanya kepada BH Online.

    Enggan ada pihak terus tersalah anggap, bekas juara program One In A Miliion musim pertama ini mendedahkan jalan cerita single Bahagia Yang Sebentar berkisar pengalaman dan kisah peribadi dilalui Shila.

    “Apabila Shila beri lagu ini, saya bertanya kepadanya adakah dia serius kerana lirik single terbabit berkait dengan kehidupan peribadinya.

    “Shila bagaimanapun menyuruh saya menyanyikan lagu itu kerana dia sudah ‘moved on’ dan enggan mengenang semula apa yang sudah berlaku,” katanya ditemui pada majlis pelancaran single Bahagia Yang Sebentar di ibu negara, baru-baru ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...