WASHINGTON, 31 DIS – Satu daripada empat rakyat Amerika Syarikat (AS) menyifatkan 2020, tahun yang ‘dahsyat’ atau ‘mengerikan’.
Tinjauan USA Today/Suffolk University terhadap 1,000 pemilih berdaftar pada 16-20 Disember, mendapati 15 peratus responden menggambarkan keadaan itu sesuatu yang memeritkan dan mencetuskan tekanan, lapor agensi berita Xinhua. Hanya tujuh peratus berfikiran positif dengan menyatakan 2020 tahun yang ‘OK/indah/baik’ atau ‘mencetuskan kesedaran/kebangkitan’, manakala lima peratus bersikap neutral beranggapan ‘berbeza’ dan ‘belum pernah terjadi sebelum ini.’
Tahun 2020 diwarnai dengan pilihan raya presiden Amerika Syarikat yang menyaksikan jumlah keluar mengundi paling tinggi dalam sejarah 120 tahun negara ini, isu perkauman berikutan kematian George Floyd dan peningkatan kes serta kematian akibat COVID-19. – Bernama