BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Feb – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-142nya yang berjumlah $100 juta.
AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 142 diterbitkan pada 2 Februari 2017 untuk tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 4 Mei 2017 dan kadar sewa 0.6250 peratus.
Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $10.6282 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 2 Februari 2016 ialah sebanyak $513.2 juta.