Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sukuk Al-Ijarah $100 juta diterbitkan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku ejen kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-149nya yang berjumlah $100 juta.

    AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 149 diterbitkan pada 21 September 2017 untuk tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 21 Disember 2017 dan kadar sewa 0.8125 peratus.

    Dengan terbitan tersebut kerajaan sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $11.2282 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 21 September 2017 ialah sebanyak $338.2 juta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda