Sukuk Al-Ijarah ke-172 diterbitkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-172nya yang berjumlah $100 juta.

AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 172 diterbitkan pada 8 Ogos 2019 untuk tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 7 November 2019 dan kadar sewa 1.3750 peratus.

Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $13.08 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 8 Ogos 2019 ialah sebanyak $322 juta.