Sukuk Al-Ijarah ke-180 diterbitkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-180 yang berjumlah $96 juta.

AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 180 diterbitkan pada 9 April 2020 untuk tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 9 Julai 2020 dan kadar sewa 0.8125 peratus.

Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $13.62 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 9 April 2020 ialah sebanyak $304.6 juta.