Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

Sukuk Al-Ijarah ke-202 diterbitkan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN-21 JAN – Bank Pusat Brunei Darussalam (BDCB), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-202 yang berjumlah $100 juta.

BDCB dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 202 diterbitkan pada 13 Januari 2022 untuk tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 14 April 2022 dan kadar sewa 0.2500 peratus.

Dengan terbitan itu, kerajaan Brunei sehingga kini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $15.10 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan sukuk kerajaan Brunei sehingga 13 Januari 2022 ialah sebanyak $270 juta.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -