Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Sukuk Al-Ijarah ke-209 diterbitkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti Sukuk Al-Ijarah ke-209nya yang berjumlah $95 juta.

    BDCB dalam kenyataannya hari ini, memaklumkan, Sukuk Al-Ijarah siri 209 diterbitkan pada 11 Ogos 2022 untuk tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 10 November 2022 dan kadar sewa 1.7500 peratus.

    Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai kira-kira $15.59 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan sukuk Brunei sehingga 11 Ogos 2022 ialah sebanyak $270 juta.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...