Wednesday, February 12, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sukuk Al-Ijarah ke-244 diterbitkan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), selaku ejen kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti Sukuk Al-Ijarah ke-244 berjumlah $55 juta.

    BDCB dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa Sukuk Al-Ijarah siri 244 diterbitkan 6 Februari bagi tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 8 Mei 2025 dan kadar sewa 2.5625 peratus.

    Dengan terbitan tersebut, kerajaan sehingga kini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai kira-kira $17.53 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan sukuk kerajaan sehingga 6 Februari 2025 ialah sebanyak $290.75 juta.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda