Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sukuk BIMB terima maklum balas positif

    KUALA LUMPUR, 14 NOV – Bahagian (tranche) keempat Sukuk Murabahah Subordinat (Sukuk) Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) bernilai RM300 juta yang diterbitkan pada 12 November 2021 menerima maklum balas positif dengan tempahan 2.32 kali lebih tinggi berbanding terbitan dengan harga muktamad sebanyak 4.10 peratus.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB Mohd Muazzam Mohamed berkata hasil daripada terbitan ini akan memastikan BIMB mempunyai modal yang melebihi keperluan minimum kawal selia.

    “Langkah ini seterusnya akan memperkukuhkan usaha kami dalam menyediakan nilai kepada pelanggan, seiring dengan era baru BIMB sebagai sebuah bank Islam tulen yang tersenarai di Bursa Malaysia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda