BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke The Empire Brunei bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Johor Darul Ta’zim, yang bakal dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17.
Sebelum berangkat ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Turut berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi mengucapkan selamat berangkat kehadapan majlis DYMM Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.