ALOR SETAR, 22 Okt – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini selamat ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-29 dalam satu istiadat pertabalan yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Anak Bukit di sini.
Sebaik selesai ditabalkan, Baginda Sultan kini bergelar Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)