Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sumbang pakaian pengantin untuk koleksi pameran muzium

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Jabatan Muzium-muzium telah menerima sumbangan bahan budaya berupa dua pasang pakaian pengantin tradisional yang disampaikan di Bilik Pekerma Dewa, Tingkat 1, Bangunan Arkib Negara Brunei Darussalam, pagi tadi.

    Pakaian berkenaan terdiri daripada sepasang baju pengantin lelaki dan sepasang baju pengantin perempuan. 

    Pakaian pengantin tersebut dimiliki oleh Haji Jamain bin Momin dan Dr Hajah Jamilah binti Haji Mohd Yusof dan diserahkan kepada Jabatan Muzium-muzium untuk dijadikan sebagai koleksi muzium.

    Bahan budaya tersebut telah diterima oleh Pemangku Pengarah Muzium-muzium, Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad.

    Pengiran Hajah Mahani menyatakan bahawa dengan adanya sumbangan seumpama itu ia juga dapat digunakan sebagai bahan pameran sama ada di dalam atau luar negara bagi menunjukkan kepada orang ramai memandangkan mutu dan material bahan yang disumbangkan berada dalam keadaan baik dan utuh.

    Pakaian pengantin yang berusia lebih dari 40 tahun tersebut diharap dapat membuka mata dan hati orang ramai di negara ini yang berhasrat untuk menyumbangkan khazanah peribadi mereka berupa bahan budaya dan yang seumpamanya kepada Jabatan Muzium-muzium dan pada masa yang sama dapat memelihara bahan budaya tersebut untuk dikongsikan kepada orang ramai.

    Pengiran Hajah Mahani menerima sumbangan pakaian pengantin daripada Hajah Jamilah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda