Saturday, December 21, 2024
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sumbangan bangku beri keselesaan kepada pesakit

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Sebagai usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat, Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) telah menyumbangkan sebanyak lapan buah bangku ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BDCB, di sini, majlis penyerahan bangku berkenaan telah diadakan di Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital RIPAS.

    Kerusi bangku berkenaan telah diserahkan oleh Pengarah Eksekutif, Kewangan Syariah selaku Pengerusi Jawatankuasa CSR BDCB, Haji Muhd Shukri bin Haji Ahmad kepada Ketua Pegawai Eksekutif Hospital RIPAS, Haji Hazis bin Haji Ahad.

    Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan dari Hospital RIPAS dan BDCB.

    Bangku-bangku berkenaan akan ditempatkan di wad dan tempat menunggu yang bersesuaian bagi meningkatkan keselesaan pesakit dan para penjaga.

    BDCB berharap penambahan bangku berkenaan akan menaik taraf kemudahan-kemudahan yang sedia ada serta menyumbang kepada penambahbaikan persekitaran hospital. Inisiatif itu menekankan komitmen BDCB kepada pembangunan komuniti, memupuk komuniti yang prihatin serta kebajikan keseluruhan masyarakat.

    Haji Muhd Shukri, Haji Hazis serta pegawai-pegawai dan kakitangan dari Hospital RIPAS dan BDCB bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN BDCB
    GAMBAR SERAHAN BDCB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda