Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sumbangan bantu mualaf sambut bulan Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    TUTONG, 26 FEB – Sebanyak 20 buah keluarga mualaf di Kampung Bukit, Mukim Ukong, Daerah Tutong hari ini menerima sumbangan infak berupa makanan asasi melalui Projek Fathul Barakah 6.0 di kediaman masing-masing di Daerah Tutong.

    Majlis penyerahan kepada keluarga terpilih diketuai oleh Penolong Pengarah Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman.

    Penyerahan ini bertujuan untuk sama-sama meringankan beban asnaf mualaf dalam membuat persiapan terutama menyambut kedatangan bulan Ramadan agar dapat melaksanakan ibadah puasa dengan selesa dan sempurna.

    Projek anjuran PDI, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf) dengan kerjasama Pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong serta Persatuan Saudara-saudara Baru Daerah Tutong (PESATU) bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai dalam sama-sama memberikan infak jariah berupa makanan asasi untuk disumbangkan kepada asnaf mualaf yang memerlukan.

    Turut sama dalam rombongan tersebut ialah Ketua Unit Dakwah Daerah Tutong, Dayang Zikrinaidah binti Haji Mat Dikir.

    Haji Ahmad Abdussalam menyampaikan sumbangan berupa makanan asasi kepada keluarga mualaf di Daerah Tutong. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda