Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Seramai 40 orang penerima terdiri daripada anak-anak yatim, ibu tunggal dan keluarga kurang berkemampuan, baru-baru ini menerima sumbangan dalam Majlis Infak Jalinan Kasih sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, di sebuah kafe di Kampung Telanai.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada penerima ialah Yang Di-Pertua Majlis Perniagaan Wanita (WBC), Datin Paduka Hajah Rokiah binti Haji Zakiah.
Majlis anjuran WBC itu diadakan dengan kerjasama Kumpulan Prihatin, Projek Impian Cahaya Iman, Projek Bina Bakti, Kumpulan Saham Akhirat dan ahli-ahli WBC.
Dengan adanya sumbangan itu, ia dapat memberi keceriaan kepada penerima-penerima dalam menyambut dan membuat persiapan bulan Ramadan nanti.
