Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sumbangan bantu ringankan beban

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Kumpulan Jama’atul Masu’ulah (JM) Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Kohot 34 telah menyampaikan sumbangan berjumlah $23,935.15 kepada Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) di Pejabat MKM, hari ini.

    Sumbangan telah disampaikan oleh Awang Alwi bin Haji Mohd Yussof selaku Ketua Kumpulan JM kepada Timbalan Yang Di-Pertua 1 MKM, Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya selaku wakil Yang Di-Pertua MKM dan disaksikan oleh beberapa ahli Jawatankuasa MKM dan ahli-ahli Kumpulan JM.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan Projek Amal Ihsani yang dilaksanakan dari 14 hingga 26 Ogos.

    Sebahagian daripada hasil kutipan projek tersebut adalah sumbangan makanan asasi untuk empat buah keluarga bagi tempoh minima satu tahun, yang terdiri daripada klien-klien MKM yang terpilih.

    Manakala, selebihnya untuk disumbangkan kepada individu berkeperluan khas dan kanak-kanak bagi tempoh minima dua tahun.

    Kumpulan JM juga menyumbangkan sebuah peti sejuk beku kepada MKM, juga hasil daripada kutipan projek yang mereka ungkayahkan.

    Projek Amal Ihsani yang dilaksanakan oleh kumpulan berkenaan adalah susulan lawatan kerja kumpulan EDPMMO Kohot 34 ke Pejabat MKM baru-baru ini.

    Sumbangan derma telah disampaikan oleh Awang Alwi kepada Hajah Juhana. – Gambar serahan MKM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda