Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sumbangan ceriakan sambutan Aidilfitri

    Oleh Daniel Lim –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus diraikan dengan hasrat untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana perayaan penuh meriah bersama keluarga dan rakan-rakan.

    Sehubungan itu, Kumpulan Syarikat Malar Setia telah mengadakan Majlis Silaturahim sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) yang berlangsung di Dewan Pusat Ehsan Bengkurong, kelmarin.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin; Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan, Dato Paduka Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Kumpulan Syarikat Malar Setia, Haji Abdul Rahman bin Haji Metasim; Pengarah Urusan Syarikat Perniagaan Malar Setia, Lim Chin Lam; Pengarah Jualan Malar Setia, Eric Lim; Pengurus Syarikat Perniagaan Muneera, Chia Tet Shin; dan wakil Pengurus Syarikat Aewon Garment & Embroidery, Lau.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Dato Paduka Mohd Alimin mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan sumbangan dan bantuan kepada pusat berkenaan.

    Majlis diteruskan dengan penyampaikan sumbangan derma kepada tiga buah organisasi bukan kerajaan di mana Pengiran Datin Hajah Noraini menerima bagi Pusat Ehsan, bagi pihak Persatuan KACA diterima oleh Bendahari KACA, Haji Roslan bin Haji Hassan dan bagi pihak Persatuan SMARTER Brunei diterima oleh Presiden SMARTER Brunei, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian duit raya kepada tetamu-tetamu istimewa sebelum berakhir dengan jamuan makan bagi mengeratkan lagi silaturahim sesama masyarakat.

    Pengiran Datin Hajah Noraini menerima sumbangan bagi pihak Pusat Ehsan yang disampaikan oleh wakil Pengurus Syarikat Aewon Garment & Embroidery. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Pengiran Zamri menerima sumbangan bagi Persatuan SMARTER Brunei yang disampaikan oleh Haji Abdul Rahman. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Para jemputan khas yang menghadiri majlis berkenaan yang berlangsung di Dewan Pusat Ehsan Bengkurong, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda