Monday, April 7, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sumbangan duit raya Dewi Perssik dikritik

    Niat murni penyanyi Dewi Perssik berkongsi rezeki sempena Hari Raya Aidilfitri mendapat kritikan banyak pihak.

    Ramai mempertikaikan jumlah wang sebanyak Rp10,000 adalah sangat sedikit dan tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang selebriti, menurut laporan mStar.

    Tenang berdepan kecaman, bagi Dewi apa lebih penting adalah niatnya untuk membantu orang ramai.

    “Jika diberikan lebih banyak takut tak cukup. Duit saya juga tidak banyak seperti awda semua. Di sini ada 5,000 orang dan harus cukup untuk sampai kepada semua.

    “Mereka cukup bersyukur diberikan wang. Saya hanya berkongsi rezeki dan harap dapat membantu mereka,” katanya.

    Video Dewi menyerah sumbangan kepada 5,000 penduduk di daerah Jember, jawa Timur telah mencuri tumpuan ramai.

    Di sebalik kritikan ada juga yang menyokong usaha murni penyanyi itu kerana dianggap tidak pernah melupakan warga kampung tempat asalnya. – Agensi

    Nilai sumbangan Dewi dipertikai. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda