Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sumbangan keperluan harian ringankan beban 20 keluarga

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Sebanyak 20 buah keluarga mualaf di Kampung Kuala Ungar dan Kampung Benutan, Mukim Rambai, Daerah Tutong telah menerima bantuan keperluan harian di bawah Projek SMALHB Prihatin yang mengunjungi kediaman para penerima, hari ini.

    Projek berkenaan merupakan anjuran Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf) dan Unit Dakwah Daerah Tutong dengan kerjasama Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB).

    Menyertai kunjungan berkenaan selaku ketua rombongan bersama dan seterusnya menyempurnakan penyerahan bantuan ialah Pengetua SMALHB, Hajah Azizah binti Haji Mohamad dan Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf, Dr Hajah Rohanita binti Haji Yaakub.

    Bantuan yang disampaikan bertujuan untuk menampung keperluan harian dan sebagai satu dakwah berkesan bagi memeduli dan memantau perkembangan kehidupan serta kebajikan asnaf fakir miskin khususnya dalam kalangan mualaf agar dapat terus melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna, di samping penglibatan bimbingan dan penghayatan agama Islam.

    Projek berkenaan diselajurkan dengan penyerahan wakaf berupa barang-barang keperluan seperti kipas suria, sejadah, selipar, telekung serta kelengkapan sembahyang untuk kegunaan jemaah Masjid Kampung Bang Dalam dan para pelajar Kelas Bimbingan Mualaf di Darul Muttaqin, Kampung Kuala Ungar yang disempurnakan di lokasi-lokasi berkenaan.

    Hajah Azizah dan Dr Hajah Rohanita menyerahkan bantuan keperluan harian kepada salah sebuah keluarga mualaf. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda