Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sumbangan makanan tanda penghargaan

    Oleh Sim Y. H. & Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Muiz Matdani & Suruhanjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Pejabat-pejabat perwakilan luar negara di Negara Brunei Darussalam terus memberikan penghargaan mereka atas usaha dan khidmat petugas barisan hadapan dalam menangani gelombang kedua penularan wabak COVID-19 dengan menghulurkan sumbangan makanan.

    Kelmarin, Suruhanjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam telah menghulurkan sumbangan pek makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan iaitu Kumpulan Operasi COVID Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di Ibu Pejabat PPDB, Gadong, kelmarin.

    Menurut Suruhanjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam, di sini, hari ini, pek makanan juga disediakan bagi anggota PPDB yang ditempatkan di pejabat suruhanjaya berkenaan.

    Sebanyak 60 pek makanan telah disediakan oleh cef pesuruhjaya tinggi British iaitu Cef Wilson bersama kakitangan kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British di mana menu bagi pek makanan berkenaan ialah grilled cilantro-lime chicken with garlic rice dengan biskut oatmeal chocolate chip.

    Suruhanjaya Tinggi British menyatakan teruja kerana berpeluang untuk menyampaikan pek makanan kepada Kumpulan Operasi COVID PPDB sekali lagi. Menurut suruhanjaya itu, mereka juga telah menyampaikan makanan kepada kumpulan berkenaan semasa gelombang pertama penularan wabak COVID-19 pada 2020.

    Sementara itu, Kedutaan Republik Korea di Negara Brunei Darussalam pula telah menyumbangkan 100 kotak makanan Korea kepada petugas barisan hadapan dan kakitangan di Pusat Vaksinasi Stadium Terutup.

    Sumbangan makanan tengah hari itu telah disampaikan oleh Duta Republik Korea, Tuan Yang Terutama Kim Soung Eun kepada Pegawai Kanan Kesihatan di Kementerian Kesihatan, Dayang Lydiana Harliza binti Haji Abdul Kadir.

    Set makanan tersebut mengandungi Bimbimbap sebagai hidangan utama dan 15 hida-ngan tambahan termasuk sup Kimchi, Dak-galbi dan Miyeok.

    TYT Kim Soung Eun menyampaikan sumbangan makanan Korea kepada petugas barisan hadapan.
    Pek-pek makanan yang disediakan oleh Suruhanjaya Tinggi British di Negara Brunei Darussalam disampaikan kepada petugas-petugas barisan hadapan PPDB.
    Pek makanan yang disediakan oleh Cef Wilson serta kakitangan kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda