Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sumbangan MPC tingkatkan motivasi pelajar Sekolah CHK

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Syarikat Pelabuhan Muara (MPC) telah mengadakan acara amal korporat dan program tanggungjawab sosial korporat sempena Ramadan di Sekolah Chung Hwa Kiudang (CHK), baru-baru ini.

    Hadir bagi menyampaikan sumbangan ialah Ketua Pegawai Eksekutif MPC, Zeng Caili; Ketua Pegawai Operasi, Awang Fazillah bin Yassin dan Ketua Pegawai Kewangan, Lyu Guoli.

    Pengerusi Sekolah CHK, Kelvin Pong Ming Onn mengalu-alukan kedatangan delegasi MPC bersama beberapa orang guru dan pelajar-pelajar.

    Kira-kira 10 barangan terdiri daripada perabot dan peralatan sukan telah disumbangkan untuk meningkatkan kebajikan guru-guru bagi menyokong kebajikan pendidikan sekolah.

    Sumbangan itu juga bertujuan untuk memotivasikan pelajar ke arah aktiviti kokurikulum dan motivasi di sekolah.

    Zeng Caili semasa menyerahkan sumbangan kepada Kelvin Pong Ming Onn bagi menyokong kebajikan pendidikan sekolah tersebut.
    Zeng Caili dan Kelvin Pong Ming Onn bergambar ramai bersama warga Sekolah CHK.

    Delegasi MPC kemudiannya dibawa melawat ke sekitar sekolah dan diakhiri dengan bergambar ramai.

    Acara amal itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan MPC untuk menyokong sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam dan masyarakat.

    Syarikat itu mengiktiraf tanggungjawab sosial korporatnya dan berusaha untuk membuat sumbangan bermakna kepada masyarakat.

    Acara amal itu merupakan satu kejayaan besar dan menyediakan cara yang bermakna bagi syarikat untuk melibatkan diri dengan masyarakat dan mempromosikan nilai korporatnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda