Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sumbangan persediaan pembukaan sekolah dihulurkan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BELAIT, 29 NOV – Sebagai persediaan untuk pembukaan semula sekolah di seluruh negara pada tahun depan, Brotherhood Seafood Restaurant telah menyumbangkan beberapa keperluan barangan perlindungan kesihatan ke Sekolah Chung Lian di Kampung Sungai Liang, kelmarin.

    Sumbangan berupa tiga buah forehead thermometer, dua buah standing thermometer, dan sebanyak 2,500 pelitup muka kanak-kanak yang mana telah disempurnakan penyampaiannya oleh pemilik restoran, David Chan kepada wakil sekolah.

    Dalam menyampaikan sumbangan kepada sekolah, David berharap ia akan membantu untuk memastikan kesihatan dan keselamatan guru dan pelajar dengan sebaik-baiknya, di samping menyokong mereka untuk meneruskan lagi segala garis panduan prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Kesihatan.

    Sebelum ini, restoran berkenaan juga telah membantu para pegawai dan petugas barisan hadapan khususnya yang bertugas tanpa mengira masa dan tenaga dalam menguatkuasakan Operasi Pulih dan seterusnya Operasi Peralihan iaitu dengan menyumbangkan pek hidangan kepada mereka.

    David Chan menyerahkan sumbangan kepada wakil Sekolah Chung Lian bagi membantu proses persediaan pembukaan semula sekolah pada tahun depan – Gambar oleh Daniel Lim.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda