Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sumbangan prihatin Netcom perkukuh misi MKM

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Seramai 30 ketua keluarga yang merupakan klien Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) hari ini, telah menerima sumbangan derma berupa makanan asasi daripada Netcom Computer House.

    Sumbangan ini adalah sempena ulang tahun ke-30, Netcom Computer House bagi meraikan detik bermakna dengan menyumbang kembali kepada masyarakat.

    Dengan kerjasama MKM, Netcom telah menganjurkan satu inisiatif sumbangan untuk membantu 30 keluarga yang memerlukan, yang mana usaha ini bukan sahaja menandakan tiga dekad pencapaian syarikat, tetapi turut mencerminkan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial korporat dan khidmat komuniti.

    Inisiatif ini menjadi ruang bagi Netcom dan MKM untuk menegakkan keyakinan bersama bahawa kasih sayang dan kepedulian mempunyai kesan yang mendalam.

    Hadir menyampaikan sumbangan di Pejabat MKM di Anggerek Desa itu, daripada pihak Netcom Computer House Pengarah Urusan, Vincent Goh.

    Di majlis itu, turut menyampaikan sumbangan berupa barangan alat tulis daripada dua pelancong dari Britain, Jason dan Alida Hopwood.

    Antara yang hadir di majlis itu Netcom, Pengurus Besar Jackie Lim, dan Pengarah IT, Chong King Fui dan Yang Dipertua MKM, Mohd Yusof Shaik Abdul Halim serta sukarelawan dari Netcom dan MKM

    Yang Dipertua MKM dalam kenyataannya berkata, “sumbangan dari Netcom Computer House ini mencerminkan bahawa MKM terus mendapat sokongan padu dari semua pihak dalam sama-sama memeduli kebajikan dan kesejahteraan golongan susah di negara ini”.

    Salah seorang klien MKM menerima sumbangan dari Netcom Computer, dan Jason dan Alida Hopwood. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda