Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sumbangan rai anak-anak yatim, warga emas

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan Biro Wanita Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Mentiri, kelmarin menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Derma kepada Anak-anak Yatim, Ibu-ibu Tunggal dan Warga Emas sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.
     
    Seramai 30 orang termasuk anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan warga emas penduduk Kawasan 2 RPN kampung Mentiri telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Ameer Mubarak bin Pengiran Haji Hashim yang juga selaku tetamu kehormat.
     
    Turut hadir, Suruhanjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona. Majlis turut menyaksikan tetamu kehormat mengambil bahagian dalam majlis khatam Al-Quran dan juga diselajurkan dengan majlis berbuka.
     
    Gambar ramai tetamu kehormat bersama para penerima sumbangan berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    PYT Nahida Rahman Shumona semasa menyertai majlis tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Pengiran Ameer Mubarak semasa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di Kawasan 2 RPN Kampung Mentiri. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda