Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 DIS – Seorang penduduk di Jalan Kamangsi, Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara (RPN) Meragang telah menerima sumbangan kerusi roda.
Penyampaian sumbangan hamba Allah itu kepada Dayang Ainorbanun binti Haji Badar telah disempurnakan oleh Ketua Kampung Kawasan 2 RPN Meragang, Awang Mohamad bin Haji Tamin.
Majlis penyampaiannya telah diadakan di kediaman penerima dan turut disaksikan oleh ahli-ahli majlis perundingan kampung berkenaan.


