Oleh Sim Y. H. Gambar serahan Kementerian Kesihatan BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Dalam sama-sama memainkan peranan, memberikan sokongan serta sebagai usaha tanggungjawab sosial korporat, pihak syarikat swasta dan individu terus tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan kepada keraja- an khususnya Kementerian Kesihatan dalam sama-sama membendung dan menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini.