Sumbangan terus mencurah

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Sejumlah $25,000 dalam bentuk cek diterima lagi oleh Kementerian Kesihatan untuk Tabung Bantuan COVID-19, di samping pelbagai sumbangan yang dihulurkan untuk menyokong kerajaan dalam sama-sama membendung dan menangani penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini, sumbangan cek bernilai $20,000 telah diterima daripada Qasya Diagnostic Services Sdn Bhd dan cek $5,000 daripada Catholic Community.

Di samping itu, Kementerian Kesihatan turut menerima sumbangan daripada 10 penyumbang yang terdiri daripada syarikat swasta dan penyumbang peribadi, kelmarin.

Penderma-penderma berkenaan ialah Dayang Maria Taha yang menyumbangkan scrubs; Brunei Gas Carriers (BGC) menyumbangkan cool box, dispenser tisu, dispenser sabun, pek ais, barangan bilik mandi, lokar besi, cerek air, periuk nasi dan troli; Chop Sin Niam Kiaw Brunei menyumbangkan 2in1 Air Purifier+Humidifier dan Petir Management Services menyumbangkan minuman Vitamin.

Manakala itu, Hajah Harisah Adlina menyumbangkan dispenser air bersama botol; Triple Star Enterprise menyumbangkan lampin dewasa; Kesatuan Pelajar Brunei di UK dan Eire menyumbangkan pensanitasi tangan, cecair pencuci tangan, serbuk pencuci, air minum dan pop mie; Yazid Meden menyumbangkan pakaian; Dayang Nur Syafiqah Aqilah binti Sawal menyumbangkan baju dan seluar perempuan serta Hamba Allah yang menyumbangkan mesin pencuci dan dispenser air.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan itu lagi, menyarankan orang ramai yang ingin membuat sumbangan supaya berhubung terus dengan Pusat Operasi Kecemasan Kementerian Kesihatan (MOHEOC) melalui talian 7295712 pada waktu bekerja sahaja.

BGC menyumbangkan pelbagai barangan.
Sumbangan daripada Kesatuan Pelajar Brunei di UK dan Eire.
Sumbangan daripada Chop Sin Niam Kiaw Brunei.
Diagnostic Services Sdn Bhd menyumbangkan cek bernilai $20,000 untuk Tabung Bantuan COVID-19.