Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sumbangan tingkat kesedaran tentang kebersihan mulut

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kebersihan mulut dari peringkat usia awal lagi, lima orang pelajar pergigian Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menyampaikan sumbangan berupa produk kebersihan mulut kepada dua buah persatuan di negara ini.

    Penyampaian sumbangan berkenaan telah berlangsung di Pusat KACA Pengiran Isteri
    Hajjah Mariam Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) dan Society for Management of
    Autism Related Issues in Training, Education and Resources (SMARTER).

    Sumbangan sebanyak 500 produk termasuk berus gigi, ubat gigi dan brosur itu merupakan salah satu inisiatif mereka sebagai sebahagian daripada Kempen Kesedaran Bau Mulut.

    Pelajar pergigian UBD menyerahkan sumbangan kepada Pusat KACA. – Gambar serahan UBD

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda