Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sumbangan untuk komuniti dalam dan luar negara disalurkan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Seramai 155 orang asnaf fakir dan miskin, anak-anak yatim dan juga pelajar sekolah menengah dan rendah yang terpilih telah menerima sumbangan berupa baucar dan peralatan sekolah daripada LSL Sdn Bhd pada majlis penyerahan yang berlangsung di Perindustrian Ringan Lugu.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei, Haji Hamzah bin Haji Sabtu.

    Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan yang diserahkan oleh tetamu kehormat, Pengarah Urusan LSL Sdn Bhd, Low Soon Lye dan Pengarah LSL Sdn Bhd, Jimmy Wong.

    Selain itu, sumbangan sebanyak $1,000 daripada Aluglass Sdn Bhd juga telah disampaikan oleh Tay Chai Ming kepada Ketua Pusat Pembangunan Kanak-kanak, Dr Hajah Mawarni binti Haji Abdul Hamid serta sumbangan sebanyak $1,000 untuk Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023, yang diserahkan kepada Pegawai Pentadbir Tingkat Khas, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Mohamad Khairul Shahrul bin Haji Duahim.

    Pada masa yang sama, LSL juga menyumbang derma kepada Pusat Perkembangan Kanak-kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023.

    Majlis sumbangan tersebut merupakan salah satu inisiatif dan usaha LSL untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan.

    Jimmy Wong berkata, “Menderma adalah salah satu cara untuk kita berbahagi rezeki. Ia juga cara untuk kita memberikan kesan positif kepada kehidupan kita bersama komuniti.”

    Awang Mohamad Khairul Shahrul semasa menerima sumbangan daripada Tay Chai Ming. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara penerima yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...