LONDON, 30 April – Sunderland kendalian David Moyes telah disingkirkan dari Liga Perdana selepas kekalahan 1-0 di gelanggang sendiri kepada Bournemouth di Stadium of Light semalam.
Dengan keputusan seri Hull City 0-0 di Southampton, keputusan itu menyaksikan Sunderland ketinggalan 13 mata dari kedudukan selamat dengan hanya 12 mata untuk direbut musim ini.
“Saya sangat kecewa,” kata pengurus Sunderland, Moyes. “Saya merasakan bagi penyokong.”
Josh King menjaringkan satu gol yang memastikan Sunderland jatuh ke Championship, menyudahkan hantaran daripada Ryan Fraser selepas melakukan serangan mengejut pada minit ke-88.
Southampton berpeluang untuk memberikan Sunderland harapan tetapi sepakan penalti Dusan Tadic pada minit akhir diselamatkan oleh penjaga gol Hull, Eldin Jakupovic.

Ditanya jika dia masih dalam jawatannya, Moyes menjawab: “Untuk memikirkan mengenainya dan berbincang mengenainya sekarang adalah terlalu pantas.
“Mereka bertanyakan selama seminggu atau dua. Saya tidak pasti sekarang. Saya mahu memastikan kami akan mengembalikan Sunderland dalam Liga Perdana.”
Sunderland berada dalam Liga Perdana sejak 2007, tetapi aksi kembali ke divisyen dua Championship telah lama dilihat, hanya menunggu masa.
Mereka berada dalam zon penyingkiran sejak September dan tidak berganjak dari tangga tercorot sejak Januari.
“Carta liga tidak pernah berdusta,” kata kapten Sunderland, John O’Shea. “Persembahan dan keputusan adalah perkara jelas yang menjejaskan kami.” – AFP