Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sungai Chiling permata hijau Selangor

    Oleh Eddie Chua – 

    SELANGOR – Hanya sejam pemanduan ke utara dari kawasan banyak bangunan konkrit di Kuala Lumpur, Malaysia, kita dapat melihat pemandangan Malaysia yang sangat berbeza satu di mana tarmak memberi laluan kepada denai hutan dan bunyi bising lalu lintas yang tiada henti digantikan dengan deruan arus sungai.

    Di tempat itu awda akan temui Air Terjun Sungai Chiling, terletak berhampiran kaki Banjaran Titiwangsa, dalam pokok subur di Taman Negeri Selangor.

    Bagi penduduk kota yang ingin lari daripada asap dengan kabus dan menara kaca dengan kanopi hijau, mendaki pada hujung minggu ke Air Terjun Chiling bukan sekadar bersenam ia juga seperti set semula.

    Laluan bermula dengan cukup sederhana, hanya selepas Empangan Selangor dalam perjalanan ke Bukit Fraser.

    Pengunjung yang ingin ke air terjun itu perlu memohon permit terlebih dahulu, yang boleh dilakukan secara dalam talian melalui Jabatan Perhutanan Selangor.

    Para pendaki bukit berendam kaki seketika di bawah pokok hutan hujan yang menjulang tinggi. – ANN/The Star
    Air Terjun Chiling jatuh ke bawah permukaan batu di dalam kolam yang tenang. – ANN/The Star
    Perkataan We love Sungai Chiling mengalu-alukan pencinta alam ke permata tersembunyi Selangor itu. – ANN/The Star
    Cahaya matahari menembusi kanopi memancarkan kilauan pelangi di atas Sungai Chiling. – ANN/The Star
    Papan tanda amaran menandakan setiap laluan – dan berenang dilarang sama sekali semasa hujan. – ANN/The Star
    Laluan 6 merupakan yang terakhir sebelum sampai ke Air Terjun Chiling. – ANN/The Star
    Sungai Chiling yang sejuk, jernih dan mengalir tanpa henti. – ANN/The Star
    Hamparan Sungai Chiling yang jernih mengharungi hutan hujan. – ANN/The Star
    Pemandangan tersembunyi alam semula jadi memperlihatkan turunan Air Terjun Chiling. – ANN/The Star

    Mendaftar di stesen renjer berhampiran pintu masuk juga diperlukan, di mana nama awda dilog untuk keselamatan.

    Pemandu pelancong tidak diperlukan untuk mendaki ke air terjun.

    Sebuah jambatan gantung berayun perlahan di atas Sungai Chiling, menandakan permulaan perjalanan yang mengasyikkan ke salah sebuah hutan simpan yang paling berharga di Selangor.

    Pendakian ini adalah kurang daripada 4km sehala laluan pergi dan balik yang mempunyai tahap kesukaran sederhana, tetapi sangat berbaloi.

    Apa yang membuatkan denai itu begitu istimewa bukan sekadar air terjun di penghujung, tetapi pengalaman ke sana.

    Dalam tempoh 10 minit pertama, cabaran sebenar pengembaraan itu semakin dapat dilihat: enam laluan sungai beberapa di antaranya sedalam buku lali, yang lain setinggi dada, bergantung pada hujan.

    Awda perlu mengharung, mengimbangi dan mungkin juga ketawa apabila air yang sejuk dan jernih mengalir di sekeliling kaki awda.

    Tali berlabuh di beberapa buah laluan, tetapi sungai itu tidak tenang ia memerlukan tumpuan, terutamanya semasa bulan tengkujuh.

    Atas sebab itu, renjer taman sering menutup laluan jika paras air meningkat.

    Pada hari yang kering, Sungai Chiling kelihatan seperti pita berkilauan yang membelah hutan, dengan tebingnya dipenuhi akar-akar yang berselirat, batu-batu berlumut dan batu pijakan semula jadi.

    Semasa awda mendaki, hutan bersenandung dengan kehidupan.

    Pokok yang menjulang tinggi membentuk kanopi berkubah di atas kepala, menutup cahaya matahari menjadi cahaya hijau lembut. Burung berkicau di kejauhan.

    Awda mungkin berpeluang melihat seekor rama-rama sebesar tapak tangan mungkin sayap Burung Rajah Brooke hanyut dengan malas.

    Udaranya kaya dengan bau tanah dari daun basah dan halia liar.

    Apa yang ramai tidak tahu ialah Sungai Chiling juga merupakan rumah kepada salah satu usaha pemuliharaan air tawar yang paling terkenal di Malaysia.

    Pada tahun 2005, Jabatan Perikanan telah mewartakan sebahagian dari sungai itu sebagai Santuari Ikan Mahseer.

    Di tempat itu, ikan kelah yang terancam sering dipanggil ‘raja sungai’ berenang bebas dalam kumpulan yang besar.

    Ikan tersebut dihargai dan dilindungi kerana kekuatan dan kecantikannya. Walaupun awda boleh memberi mereka makan dengan pelet yang dijual berhampiran pintu masuk, akan tetapi memancing adalah dilarang sama sekali.

    Selepas kurang lebih daripada satu setengah jam mendaki, atau lebih lama jika awda berhenti untuk melihat persekitaran, awda akan mendengarnya sebelum melihatnya iaitu deruan air terjun.

    Muncul dari denai, awda akan berjumpa dengan pemandangan Air Terjun Chiling yang menakjubkan, lata tiga peringkat jatuh ke dalam kolam yang luas dan semula jadi dikelilingi oleh batu-batu halus dan hutan dibasahi kabus.

    Air terjun tersebut menjulang hampir 80 meter dan kolamnya yang sejuk sesuai dengan namanya.

    Walaupun dalam cuaca panas tengah hari yang terik, berenang di kawasan itu menyejukkan tulang dengan cara yang terbaik.

    Hujung minggu boleh menjadi sesak, jadi masa terbaik untuk bermula adalah awal sekitar 8:30 pagi.

    Seorang pendaki bukit, Johnny Yong, mengingat kembali untuk sampai ke air terjun dalam masa 45 minit dan mendominasi seluruh tapak selama setengah jam sebelum orang ramai masuk.

    “Ia tenang, penuh berkah pada jam itu,” katanya. “Rasanya seperti alam membenarkan awda mengetahui rahsia yang belum diketahui oleh orang lain. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda