Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Sungai deras ragut 7 jiwa di China

    BEIJING, 14 OGOS – Tujuh orang maut setelah dihanyutkan arus deras yang tiba-tiba menderu ke sungai di sebuah rekreasi popular susulan hujan lebat di barat daya China, kata pihak berkuasa hari ini.

    Pekerja dan sukarelawan dikerahkan untuk mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan tersebut selepas menerima amaran hujan lebat pada kira-kira 2:40 petang, kelmarin, menurut biro pengurusan kecemasan di bandar Pengzhou.

    Orang ramai dilihat berebut-rebut untuk melarikan diri dalam video yang disiarkan dalam media sosial, tetapi ada yang terperangkap apabila arus deras melanda kurang sejam kemudian pada 3:30 petang.

    Seorang lelaki di tempat kejadian berkata beberapa orang telah dihanyutkan, termasuk kanak-kanak, apabila aliran air di bahagian hilir sungai itu tiba-tiba meningkat dalam masa 10 hingga 20 saat, lapor Radio Nasional China milik kerajaan.

    Kerajaan bandar Chengdu berkata hari ini tujuh orang maut dan tiga lagi dimasukkan ke hospital dengan kecederaan ringan.

    Pengzhou merupakan tempat pelancongan kira-kira 70 kilometer di utara Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan.

    Di tempat lain di China, hujan lebat membanjiri jalan-jalan di bandar barat laut Xining, malam kelmarin.

    Hujan lebat diramalkan di timur laut hari ini hingga petang esok dengan 10 hingga 18 sentimeter hujan dijangka turun di beberapa bahagian wilayah Liaoning dan Jilin. – AP

    Para pekerja membersihkan lebihan air banjir selepas hujan lebat di Beijing pada 14 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...