LOEI, 31 OKT – Sungai Mekong yang dahulunya besar dan gah, kini hanya sudah berkurangan kepada anak sungai kecil, kotor yang mengalir ke utara Thailand—dengan rekod rendah dipersalahkan ke atas kemarau dan pembinaan empangan yang baru siap di hulunya.
Empangan hidro elektrik dimiliki Thailand, Xayaburi yang bernilai $4.47 juta beroperasi minggu ini di Laos selepas bertahun-tahun amaran men-genai potensi impaknya ke atas habitat ikan, sedimen dan paras air di sebuah sungai yang menjadi rezeki kepada berjuta-juta penduduk.
Di sepanjang sempadan timur laut Thailand di Loei, sungai lebar sepanjang 3,300 kaki itu menjadi kering dan kerepot kepada hanya beberapa puluh meter, dengan batu tongkol dan batu dasar menakung air berlumpur.
Pemandangan dari atas menunjukkan sungai yang sering dicerobohi di Laos dan Thailand kini seperti celah-celah air sahaja, mengekang tempat penangkapan ikan kepada aliran sempit.
Nelayan menyalahkan kom-binasi monsun lemah tahun ini dan empangan Xayaburi, sekitar 300km ke utara bagi masalah itu.
Suruhanjaya Sungai Mekong (MRC), badan yang mentadbir diplomasi perairan serantau, mengatakan paras air dari Jun hingga Oktober adalah yang terendah dalam hampir 30 tahun.
Ukuran di seluruh aliran sungai itu ‘secara signifikannya adalah di bawah paras minimum tahun ini dan dijangka berkurangan lagi,” menurutnya dalam satu kenyataan kepada AFP. “Ini menambah kebimbangan bagi musim panas akan datang.” – AFP
