Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sungai Nil dibanjiri perahu naga meraikan sambutan Tahun Baharu Cina

    KAHERAH – Sungai Nil, Mesir baru-baru ini telah menjadi tuan rumah kepada Festival Perahu Antarabangsa bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina, di mana lebih daripada 200 pengayuh dari 24 pasukan dari beberapa buah negara ikut serta dalam festival antarabangsa tersebut seperti China, Mesir, Amerika Syarikat, Australia, Filipina dan Singapura.

    Menghadap kawasan barat sungai, Royal Mohamed Ali Club di wilayah Giza berhampiran dengan ibu kota Kaherah merupakan tempat utama acara tersebut diadakan di mana perlumbaan itu bermula dan berakhir.

    Taman-taman di sekeliling tebing sungai tersebut dihiasi dengan lampu merah bercirikan gaya dan corak China serta beberapa dekorasi naga raksasa dan belon-belon panda besar.

    Selain itu taman tersebut juga dihiasi dengan dekorasi kipas kertas yang boleh bertukar warna yang menarik dan menakjubkan.

    Ehab Gouda, penganjur dan Ketua Persahabatan Mesir di Hong Kong, China berkata bahawa acara tersebut diadakan bagi menyampaikan atau mengucapkan selamat Tahun Baharu China.

    Kaunselor Kebudayaan Kedutaan China di Kaherah, Shi Yuewen turut mengambil bahagian dalam upacara penutup mata naga semasa festival itu berlangsung. – Xinhua
    Festival itu telah menyaksikan lebih banyak pasukan dari negara-negara lain berbanding tahun-tahun sebelumnya. – Xinhua
    Persembahan naga yang berjaya menarik perhatian orang ramai semasa menghadiri festival tersebut. – Xinhua

    Acara ini bukan sahaja membawa rakyat Mesir dan China bersama-sama, malah ia juga berperanan penting untuk meningkatkan persahabatan bersama beberapa buah negara. – Xinhua

    Menghadap kawasan barat sungai, Royal Mohamed Ali Club di wilayah Giza berhampiran dengan ibu kota Kaherah merupakan tempat utama acara tersebut diadakan di mana perlumbaan itu bermula dan berakhir. – Xinhua

    “Acara berunsurkan budaya dan pelancongan itu juga bertujuan untuk mempromosikan perahu naga sebagai salah satu sukan yang diamalkan dan dilakukan oleh penduduk Mesir dan penduduk asing di Mesir,” katanya kepada media Xinhua.

    Sebelum perlumbaan itu diadakan, u-pacara menandakan mata perahu naga turut diadakan di mana dakwat hitam digunakan untuk menutup mata empat kepala naga kayu di mana ia membawa maksud metafora bahawa dakwat hitam itu memberikan kehidupan kepada naga merah setelah ia berjaya menyelesaikan perlumbaan. Tradisi lumba perahu naga ini sudah bermula di China sejak 2,000 tahun yang lalu.

    Mengeratkan lagi hubungan

    Pesta Antarabangsa Perahu Naga di Sungai Nil ini telah dianjurkan oleh Persatuan Persahabatan Mesir di Hong Kong dan Pusat Kebudayaan China di Kaherah, di mana pasukan dari Dragon Boat Egypt dan Persekutuan Dragon Boat Antarabangsa yang berpangkalan di Beijing sebagai penganjur bersama.

    Kaunselor Kebudayaan Kedutaan China di Kaherah, Shi Yuewen yang turut mengambil bahagian dalam upacara penutup mata naga itu berkata bahawa festival berkenaan telah menyaksikan lebih banyak pasukan dari negara-negara lain berbanding tahun-tahun sebelumnya. Festival itu turut dihadiri oleh para tetamu terkenal dan diplomat-diplomat kanan.

    Selain pertandingan perahu naga, festival itu turut menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Festival Spring China seperti permainan-permainan tradisional China dan pelbagai soalan teka-teki.

    Malah festival itu turut mempamerkan foto-foto bagi menunjukkan kehidupan moden China dan perkembangannya yang hebat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kata Diplomat China kepada media Xinhua.

    Sebaik sahaja perahu-perahu naga ini menelusuri kawasan sungai dan menghampiri garisan penamat, para pengayuh, pemukul gendang dan pengemudi di belakang perahu akan bersorak gembira tatkala para penonton mengibar-gibarkan bendera masing-masing di mana pasukan Mesir dan Filipina merupakan antara pasukan yang paling banyak memenangi perlumbaan dan trofi emas.

    “Acara ini bukan sahaja membawa rakyat Mesir dan China bersama-sama, malah ia juga berperanan penting untuk meningkatkan persahabatan bersama beberapa buah negara yang lain seperti Amerika Syarikat, Filipina, Macau dan lain-lain,” kata Sayyid Gomaa, jurulatih dan peserta Dragon Boat Egypt, memberitahu media Xinhua selepas memenangi beberapa pusingan.

    Pasukan Mesir berjaya memenangi pusingan perlumbaan perahu kecil 12 lelaki, 22 perahu lelaki dan campuran, pasukan Filipina pula memenangi pusingan 12 pengayuh perempuan, 12 perahu kecil campuran dan perahu standard perahu-perahu kecil 22 pengayuh.

    “Kami mempunyai lebih 20 pengayuh dalam pasukan Filipina, kami tewas dalam pusingan pertama kerana kami menghadapi masa yang sukar ketika berada di tempat-tempat yang tertentu sehingga terlalu sukar untuk kami menggerakkan perahu namun kami berjaya memenangi tempat pertama dalam perlumbaan wanita,” kata Marcia Cristobal, pengurus pasukan Filipina dan juga bekas presiden persekutuan Naga Filipina.

    Saling kenal mengenali

    Seorang pengayuh veteran dari Amerika Syarikat, Cathy Grenham dari pasukan Dragon Max di Berkeley, California berkata bahawa festival tersebut membawa orang ramai untuk saling kenal mengenal, memahami dan interaksi budaya yang lebih baik.

    “Kami sangat teruja untuk berada di sini dengan budaya yang berbeza dan sentiasa mengenal serta membolehkan kami untuk menjadi lebih terbuka, mesra dan saling kenal budaya lain, ia menyenangkan,” katanya kepada media.

    Selain perlumbaan, beratus-ratus pengunjung taman, dewasa dan kanak-kanak, menikmati pameran mengenai China serta mengikuti pelbagai permainan lucu dan teka-teki soalan mengenai China.

    Sherif Mansour, jurutera berusia 30an, datang bersama dengan isteri dan dua anaknya terhibur dengan acara tersebut.

    “Suasana sangat bagus, pelbagai komuniti ikut serta, kanak-kanak terhibur, ia merupakan hari yang sangat bagus,” kata Mansour kepada media Xinhua.

    Amira Ayman, pelajar sekolah menengah berumur 17 tahun berkata bahawa perayaan tahun tersebut lebih terkenal dengan kehadiran lebih ramai pengunjung, malah dia juga suka dengan dekorasi-dekorasi dan perhiasan yang diletakkan di taman-taman berdekatan sungai tersebut.

    “Hubungan Mesir dan China sudah lama dan hubungan diplomatiknya telah ditubuhkan selama lebih dari 60 tahun, jadi kita dapati orang-orang China sangat dekat dengan kita, sesetengah penduduk China juga mempelajari Bahasa Arab juga,” katanya kepada media Xinhua dengan senyuman yang lebar. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda